Pagine

Rabu, 23 Desember 2015

Marketing Strategy Is Bulltahi!!

Sape yg berada dalam bidang marketing? Sila korek idung pakai lidah. Kah kah kah
Gua bosan. Gua jalan-jalan. Saje-saje nk usyar tv. Maka datang la sekor promoter ni.....
"Haa. Bang. Nk beli tv bang?" sorg promoter mengapproce gua dgn secara tiba-tiba.
"Opocot mak kau berdepot." gua melatah hingga tercungap-cungap. Gila, Terkezut gua tau.
"Hahaha. Bang. Ade offer bang, Tv ni ada diskaun sampai 400 hinggit bang." balas promoter tersebut tanpa menghiraukan pujian gua  sebentar tadi.
"Gua nak tengok je. Xde duit." sambil menghela nafas panjang setelah tercungap melatah sebentar tadi.
"Rugi x beli bang . Offer ni valid smpi esok je bang." tambah mamat tersebut tanpa menghiraukan ayat xde duit gua itu.
"Hmm. Ape beza LED dgn LCD dik?" gua kesian. Gua layan je.
"LED gamba die lagi cantik bang. Jauh2 pun gambar nmpk terang. Kalau LCD abg duk tepi mmg x nmpk cantik." petah sungguh lu berkata-kata.
"Lu biar betul?" gua bertanya lagi sambil mendabik dada. Gua cuba berlagak dominan di situ. Gaya yang perlu dilakukan agar mana2 jurujual teragak-agak dan serba salah mahu kelentong.
"Betul bang. Kalau model yang ni, ada sensor bang. Kalau abg tgk berita. Pastu abg g toilet ke. G dapur ke, automatic die off bang. Suara je dgr." tambah beliau sambil menggosok gosok tv yang disebutkan. bajet gua nak beli lettew.
"Wow. Canggih!" gua membeliakkn mata tanda kagum dan percaya. Percaya habis! Puih!
"Mmg canggih bang. Tinggal 2 unit je ni bang. Baik abang cepat."
"2 je xnk la.. Ingat nk angkat 3. Xpe la. Lain kali." gua berlalu sambil mengorek hidung.
"Bang2. Kejap sy call mmbr saya ad stock lg x." sambil mengeluarkan berihitam dari poket.
Beberapa ketika.....
"Haa. Abg mmg nasib baik. Mmg ckup2 ad 3." senyuman mula terukir dibibir promoter tersebut.
"Ada mslh ni. Mmbr gua call td. Die pn nk angkat gak. Lu ad 3 je. X ckup lg satu. Mcm mane ni?"
"Abg bia btul? Kejap saya call lg skali." promoter tersebut mula menggelabah.
Bebebeberapa ketika.....
"Haaa. Bang. Nasib baik diorg ada stock lebih bang. Mmg hari ini hari bertuah abang. Memang ada 4 unit lagi. Pakai kad kreditkan bang?"
"pfffttt........"

Gua mahu promoter gadis suntilah! Puih! Puih!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar