Pagine

Selasa, 22 Desember 2015

Melayu Pantang Main Muka?

Gua  adalah seorang yang baik, ceria dan happy go lucky. Bak kata member-member gua, kalau takde gua, tak ceria group kitorang sebab gua ni kelakar dan pemeriah suasana. Gua juga seorang yang susah nak marah. Apatah lagi mengamuk. Sampai ada yang pelik.

"Roy. Bapak kau baran. Abang kau baran, kembar kau pbaran, senang cerita family kau semua kaki baran. Tapi aku tengok  ko relax je Kenape ea?"

"Marah tu sifat syaitan. Boleh menggelapkan hati. Macam ko tengok taik la. Hati boleh jadi gelap. Kalau tengah makan tiba-tiba boleh teringat taik, dah gelap la maknanya hati lu. Tengok porno pun boleh gelapkan hati gak. Kalau tengok awek pakai legging lalu, mesti teringat porno. Pedang pun bleh naik."

"Pfftt...."

Dulu gua selalu gak kena lempang dengan cikgu kemahiran hidup. Itu pun sebab gua lupa tulis tarikh dekat buku legger, lupa buat garisan, lupa buat titik. Argh! Celaka punya pendek! Gua harap aktiviti beliau menolak motor hari-hari ketika pulang kerja mampu menginsafkan beliau agar tidak melempang murid sesuka hati.

Kali terakhir gua mengamuk masa sekolah asrama dulu. Senior gua main kepala gua. Dia ingat gua diam je boleh main kepala gua sesuka hati!? Dalam dewan makan gak gua tumbuk si cilaka tu. Tapi itu cerita 9 tahun dulu. Celaka tu pun dah mampus akibat tar dah keras dalam paru-paru agaknya.

Hmm. Gua memang pantang orang main kepala gua.

Hari ini - Gua tak kesah nak gurau-gurau kasar seperti makian, carutan, mahupun pukulan di tubuh badan. Tapi kalau dah tangan naik kat muka, penumbuk makan dia!

1st time gua mengamuk depan orang ramai. Jatuhlah kredibiliti gua sebagai seorang yang ceria dan sopan santun. Mesti awek-awek skirt belah takut dengan gua. Esok mesti kena panggil dengan boss. Mesti kena suspend tak pun kena buang kerja. Argh! Persetankan mereka. Gua orang Melayu! Gua pantang orang main kepala! Adat Tuan perlu dijaga! Takkan Melayu Hilang di dunia!

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar