Pagine

Jumat, 29 Januari 2016

Engineering: Azam Bin Hamid

baa~ CAK!! haaa.. Azam Bin Hamid tu bukan nama sebenar gua tau. Gua saje je letak sebab nak relate kan dengan #azam2013. 
eh? bleh ke mcm tu? kah~kah~kah.
Azam Bin Hamid. Nama tu nama Mat Besi sebenarnye. Sila google. Padan muka. kena tipu. Identiti kami adalah rahsia. kih kih kih. 
Pada yang tak tahu Mat Besi ni member baik gua. He is my "Behind every successful man there stands a woman." #hug #kiss
Tapi Mat Besi ni lelaki. Perbuatan gua memeluk dan mencium dahi beliau adalah sunnah Nabi. Jangan nak cop gua gay lak. tepek dahi tu kang.
*menatap gambar Mat Besi dengan perasaan winduwww*
Gua tak tau ape mimpi Mat Besi suh gua bukak twitter beliau. Tapi bila gua bukak gua rasa ia sesuatu yg menarik bagi gua untuk dikongsi sebab ala-ala "perbualan ustaz dgn gadis liberal" tu. Ayat pun lebih kurang je Mat Besi ni. xde idea lain. kah~kah~kah.
Actually conversation ni berlaku bila ada satu minah ni ungkit masa lalu seorang artis yang sudah insaf. Meleret-leret sampai geng-geng beliau mengutuk ulama'. So,lets get started!
*Dont walk. Run!*
@MatBesi 
@Amoi hai. awak ni muslim?
@Amoi 
@MatBesi Alhamdulillah saya dilahirkan Islam Dan mati pun in sya Allah sbg islam :)
@MatBesi 
@Amoi ouh... ingatkan bukan sebab nama twitter n tweetcon mcm non-muslim... sorry... heee
@Amoi 
@MatBesi Ada masalah? Hehe
@MatBesi  
@Amoi just nak ingatkan.. dedahkan aurat dosa besar. Sebab dosa yang berkumpul-kumpul sepanjang aurat terdedah. Ayah n saudara lelaki berdosa sekali
@Amoi 
@MatBesi x apa. itu antara saya dengan Allah! Terima kasih Atas ingatan...
@MatBesi    
@Amoi Ish... jangan cakap macam tu... cakap macam boleh runding-runding lak... Takutnye...
@Amoi 
@MatBesi saya x kisah orang nak kata apa! sebab awak x kenal saya pun. hehe
@MatBesi  
@Amoi ok. Just peringatan je. Sebab tok imam pun x kenal semua makmum. Begitu juga pendakwah.
@Amoi  
@MatBesi x apa! Tuhan lagi Kenal saya dari awak kenal saya.. :)
@MatBesi  
@Amoi itu dah tentu... Allah kenal semua ciptaanNya..
@Amoi 
@MatBesi so? Perlu Aku nak cerita kat ko Amal Ibadah Aku? perlu Aku bgtau Jumlah derma Aku pada Rumah anak yatim n masjid. X perlu
@Amoi
@MatBesi Aku x perlu nk bgtau kat org yg Aku buat, sbb Aku x pakai tudung maka org judge Aku mcm2 it's ok lah! Allah tau siapa aku
@MatBesi   
@Amoi x perlu canang. Kita memang xtau amal ibadah org lain. Hanya Allah yg tahu. Awak akan dpt pahala dgn amal ibadah awak. Tp yg pasti dgn mendedah aurat, kita berdosa besar. Org yg melihat aurat kita juga berdosa. Tambahan kaum wanita. Ayah n saudara lelakinya juga berdosa kerana org lain melihat aurat wanita itu. Selama mana kita mendedah aurat, selama itu amal kita di potong sampai tiada yang perlu di potong. Satu hari dosa dunia. Seribu tahun di neraka. Nauzubillah.
@Amoi 
@MatBesi Ada saya paksa untuk tengok? X ada kan? X apa.. Biar Allah nilai saya!! hehe
@tapakkaki 
@Amoi ayat awak memang lucu. Hahaha.   cc: @MatBesi 
@Amoi
@MatBesi Lucu! ok lah saja buat hiburan hehe stress kang mati hehe @tapakkaki @MatBesi 
@MatBesi 
 @Amoi awak tahu cane Allah nilai awak?
@MatBesi 
@Amoi Xlucu Sedih senanye... Gua terasa sebab gua islam. Terasa seperti Islam dipermainkan @amoi @tapakkaki
@tapakkaki
@Amoi hati y rosak cc: @MatBesi 
@Amoi
@MatBesi awak tahu? 
@MatBesi 
@Amoi dh tentu la xtau... tp nape awk ckp mcm awk tahu?
@Amoi
@MatBesi jaga urusan masing2
@MatBesi 
@Amoi dh mcm tu pulak? Moga awk faham apa maksud khalifah dlm islam... May Allah bless u.. Tamo marah2.. ^_^v
@Amoi 
@MatBesi ish Aku x marah! Sorry klu rasa Aku kasar!
@MatBesi 
@Amoi maafkan sy juga.. Cuma sy terasa bila seorang islam bicara tentang islam walhal diri x mcerminkan islam. Nnti non-muslim padang remeh dkt islam.. sy lelaki.. mnjd khalifa wajib bg lelaki.. n sy nk menangkan islam. Harap awak faham.. Maafkan sy sekali lg..
@Amoi
@MatBesi sbb x marah pn, sy x berbicara ttg islam pn, tp sya hairan bila awk2 semua serang peribadi sy tiba2?
@MatBesi  
@Amoi haaa? awk bincang ape? politic ea? Jd apa yg sy nasihatkn awk, sia2?
@AzroyKassim
@Amoi maaf jika hg rasa peribadi hg diserang. Tp cara hg mempertahankan kn pendirian hg tentang nk mendedahkan aurat tu secara x sedar dah menyerang agama gua. lagipun hg tak sayang pak hg yg tanggung dosa hang ka? Hg tau amalan saudara lelaki hg cukup ka dak nak tolak dosa dedah aurat hg tu? xguna hg celebrate bday pak hg tuk tunjuk kasih sayang tp pada masa yg sama hg bagi pak hg dosa. puih!!
Okey. Last tweet oleh gua tu gua saje tambah. hahaha. amoi tu x reply pn tweet Mat Besi lepas tu... 
bila gua baca conversation dorang tu perasaan gua bercampur baur.. 
Pertama sekali. terkejut. terkejut dengan kesopanan tatabahasa mat besi. hahaha. Mat Besi kalau kat luar suka bahan orang. Dan kalau org ckp gua ni lucah, mat besi ni lagi lucah senanye.
Kedua. terasa minah tu bodoh. maksudnya. minah tu kene belajar balik. bermula dgn kelas iqra' balik semula. kah~kah~kah
Ketiga. Gua tersedar. Gua fikir betul juga apa yang cuba disampaikan Mat Besi. Amalan dan ibadah kita dah tentu orang tak tahu, tapi kalau secara zahirnya kita x melambangkan Islam tapi berbicara tentang islam, retweet hadis, post nas al-guran dekat fb pada masa yang sama gambar dedah aurat, kaler rambut n etc itu... itu... itu... hanya mencemarkan Islam. Terfikir gak gua cane non-muslim pikir pasal Islam ni ble jumpe org-org mcm ni. Niat baik. Tapi pada masa yang sama membuat agama lain salah anggap tentang agama Islam ni.
Hmmm. xkan kita nak tunggu orang kenal kita baru kita nak dengar nasihat they all? kawan-kawan kita sendiri pun belum tentu kita nasihat. bahan lagi adalah.
kita takleh harap orang x pandang aurat kita. Men want sex. Women encourage them!
*tumbuk monitor*
Bak kata @malaysiangags: amanat ulama dikecohkan. artis telanjang didiamkan. hahahahaha mufti kangkung
Orang dedah aurat ni paling jahat senanye. lebih jahat dari umpat org. lebih jahat dari orang bertudung labuh tp belakang2 buat kerja x senonoh. sebab yg dedah aurat ni heret orang lain ke neraka sekali tanpa perlu berkata-kata. apetah lagi org puang. Ayoh denge abe-abe sekali die angkut. Berak66!

Last sekali. Gua terasa sebab gua pernah gunakan ayat minah tu. "itu antara saya dengan Allah." walaupun gua tak pernah ckp tapi gua pernah berfikiran sebegitu. Bercakap seperti boleh berunding dengan Allah. Astaghfirullah. Sedangkan Rasulullah SAW kekasih Allah pun segan nak minta kurangkan solat fardhu (Istraq miqraj). Inikan pula gua manusia biasa. Ya Allah. Jahilnya aku.

hmmmm.. Tak melihat aurat orang perkara paling susah sekali. -_-'

Tidak ada komentar:

Posting Komentar